Sunday, January 3, 2010

Kenangan Cuti Hujung Tahun 2009.









CAMERON HIGHLAND, PAHANG.

 Cameron Highland merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia.Ia terletak di barat daya negeri Pahang iaitu sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1829 meter dari aras laut dan mempunyai suhu antara 10'c hingga 20'c.

                                         


Pengunjung boleh datang ke sini melalui Tapah, Perak atau melalui Simpang Pulai, Ipoh. Sepanjang perjalanan mendaki Cameron Highland pengunjung akan melalui beberapa perkampungan orang asli yang menetap di sekitar hutan dan penempatan tersusun yang disediakan.
Mata para pengunjung pasti akan terpesona memandang bunga -bungaan berwarna warni yang ditanam secara komersial dan ada juga yang tumbuh meliar di pinggir jalan. Ladang teh dan sayur-sayuran terbentang luas menghijau saujana mata memandang.
Anda juga  tidak harus melepaskan peluang memetik sendiri strawberry yang masak ranum dan manis di ladangnya.
Begitu juga dengan sayur-sayuran segar boleh dibeli dengan harga yang sangat murah.






















Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati dan meninggalkan memori indah kepada sesiapa yang berkunjung ke sini.
















Kira-kira 2 km dari pekan Rantau Panjang terdapai sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk unik yang dibina menggabungkan senibina Cina dan Islam. Dari jauh ia kelihatan seperti sebuah bangunan kuil atau istana lama pada zaman Dinasti Ming dimana masjid ini boleh memuatkan seramai 1000 orang jemaah dan mempunyai ruang pelbagai guna yang luas.




Masjid Rantau Panjang reka bentuk cina.



Menghirup udara pagi di Pantai Cahaya Bulan Kelantan..

20 tahun tak datang ke Bukit Keluang









memborong di pasar minggu masjid hadi awang.....


ikan tapah Sungai Abang Terengganu...... 1kg rm 13 wau murah.....

Pantai Kemasik Terengganu ...pasti dilawati apa bila berkunjung ke Terengganu..

No comments:

Post a Comment