Thursday, January 7, 2010

Usahawan Tani 2010 ( Buah Markisa )

Markisa adalah tanaman jenis menjalar yang telah lama ditanam di Malaysia. Buahnya mengandungi vitamin C yang tinggi dan jus markisa mampu mengurangkan panas badan.Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.







Bunga dan buah Markisa

6 comments:

  1. Boeng...
    Ni kat umah sapa nih...
    Buah tu sedap ker?

    ReplyDelete
  2. Rumah aku lee.. Del kau nak rasa datang le rumah..

    ReplyDelete
  3. Laaaa kat umah ko yerrr... Ok nanti kalau aku balik kg aku bawak beg plastik banyak, so leh borong semua... hehehe..

    Tu ikan apa yg ko bela dalam pond tu? Ikan duyung ker? Cun tak duyung ko tu?..

    ReplyDelete
  4. La....Orang medan gak ke nih...ish...ish...

    ReplyDelete
  5. A'ah asal usul org Sri Medan gak... Nggak lupa asl usulku ah....

    Aku kat kg nih, tak prasan selama nih yg kat umah kg aku ni pon ade pokok ni... last time balik kg lom berbuah so tak kenal pokok ni,tp kali ni balik dah banyak gak buahnyer...

    Nak ambik benih anak pokok & tanam kat umah aku la nanti...

    ReplyDelete
  6. ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    Today Funnies | Largest Collection of Latest Funny Videos, Funny Pictures, Funny Girls, Funny Babies, Funny Wife, Funny Husband, Funny Police, Funny Students And Cartoon Plus Bizarre Pics Around The World.
    Just Visit 2 My Site...
    http://todayfunnies.com

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    ~*~ Free Online Work At Home ~*~
    Here's Everything You Need to Know About Online Working At Home, Including Where to Find Work At Home Job Listings,
    The Best Sites For Finding Work At Home Jobs And How to Avoid Work From Home Scams.
    Visit...
    http://SooperOnlineJobs.blogspot.com/

    ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

    ReplyDelete