Tuesday, December 20, 2011

cuti2 musim tengkujuh.









Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya 2011



Tema raya tahun ni cili padi..




Wednesday, May 25, 2011

Selamat Hari Lahir ke 6 Tahun Nabilah






Tuesday, March 22, 2011

Jeti Penyabung

Jeti Penyabung dah dinaik taraf kayu kepada jeti batu.
Jeti Penyabung


Berihat di Pantai Teluk Gorek.

Sotong Kurita 3 ekor RM 12 .... murah Pantai penyabung.
Kedai Awang

Jeti Penyabung terletak kira-kira 37km dari bandar Mersing. Pantai Penyabung mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ia adalah sebuah pekan yang menyediakan kemudahan banyak kedai makan yang menawarkan harga yang murah seperti kepok lekor, keropok ikan , ikan , sotong dan udang segar. Jangan lupa singgah di kedai Awang. Penyabung adalah tempat makan utama jika anda berkunjung ke kawasan ini. Jadi jika anda menginap di Tg Resang, Pasir Lanun ataupun Teluk Gorek, tempat makan yang anda kena tuju ialah di Penyabung.

Jeti Bot Pelayar Marina Muar Jadi Tumpuan Pemancing.




Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman meminta pembukaan Marina Muar di Tanjung Emas, Muar dipercepatkan bagi mengelakkannya menjadi projek gajah putih, sekali gus menyebabkan bangunan dibina kira-kira tiga tahun lalu bertukar usang. Beliau berkata, marina yang dibina di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan diuruskan Jabatan Laut itu sepatutnya sudah lama dibuka, tetapi masih gagal beroperasi sebagai tempat persinggahan dan kemudahan pelayar.“Saya bimbang ia terbiar begitu saja. Marina itu untuk bot pelayar dan kita berharap ia tidak terbiar kerana akan menjadi projek gajah putih kerana bangunannya juga semakin usang," katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN, 23 MAC 2009





Sunday, March 20, 2011

Status terkini loji kuasa nuklear di Jepun akibat kejadian gempabumi dan tsunami.

Cesium-137
1) Apakah status terkini loji kuasa nuklear di Jepun akibat kejadian gempabumi dan tsunami?

Untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini berhubung status perkembangan terkini loji kuasa nuklear, Jepun, sila layari:
a) Laman Web Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), (www.iaea.org)
b) Laman Web Nuclear Industri and Safety Administration, Jepun, (www.nisa.meti.go.jp)
c) Pusat Maklumat Radiologi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di talian HOTLINE:
1800 7999


2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara Jepun bagi mengatasi keadaan 4 loji kuasa nuklear tersebut?

Pihak operator loji kuasa nuklear terbabit telah menggunakan air laut bercampur Boron untuk menyejukkan teras dan mengawal proses tindak balas nuklear. Dalam masa yang sama, Jepun telah mengambil inisiatif memindahkan penduduk yang tinggal di sekitar 20 km radius dari stesyen kuasa nuklear yang terbabit manakala penduduk yang tinggal sekitar 20 hingga 30 km radius telah diminta berlindung di dalam rumah atau bangunan masing-masing. Tindakan ini dibuat selaras dengan pelan kecemasan radiologi pihak pengendali loji tersebut.

3.Adakah terdapat sebarang pelepasan radioaktif ekoran dari kemalangan tersebut?

Berdasarkan sumber dari IAEA, berlaku sedikit pelepasan radioaktif terancang iaitu Iodin-131 dan Cesium-137. Pelepasan ini berlaku hasil dari tindakan pihak Jepun untuk menurunkan tekanan di dalam containment loji kuasa nuklear. Namun, pelepasan radioaktif tersebut hanya tersebar sekitar kawasan loji kuasa nuklear sahaja (localize exposure).

Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar

Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) tidak menunjukkan sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal.

Sunday, February 6, 2011

Banjir di Seri Medan, Parit Ulong.







Bejukungan... bah raminya ai..

Caram rumah