Sunday, March 20, 2011

Status terkini loji kuasa nuklear di Jepun akibat kejadian gempabumi dan tsunami.

Cesium-137
1) Apakah status terkini loji kuasa nuklear di Jepun akibat kejadian gempabumi dan tsunami?

Untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini berhubung status perkembangan terkini loji kuasa nuklear, Jepun, sila layari:
a) Laman Web Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), (www.iaea.org)
b) Laman Web Nuclear Industri and Safety Administration, Jepun, (www.nisa.meti.go.jp)
c) Pusat Maklumat Radiologi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di talian HOTLINE:
1800 7999


2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara Jepun bagi mengatasi keadaan 4 loji kuasa nuklear tersebut?

Pihak operator loji kuasa nuklear terbabit telah menggunakan air laut bercampur Boron untuk menyejukkan teras dan mengawal proses tindak balas nuklear. Dalam masa yang sama, Jepun telah mengambil inisiatif memindahkan penduduk yang tinggal di sekitar 20 km radius dari stesyen kuasa nuklear yang terbabit manakala penduduk yang tinggal sekitar 20 hingga 30 km radius telah diminta berlindung di dalam rumah atau bangunan masing-masing. Tindakan ini dibuat selaras dengan pelan kecemasan radiologi pihak pengendali loji tersebut.

3.Adakah terdapat sebarang pelepasan radioaktif ekoran dari kemalangan tersebut?

Berdasarkan sumber dari IAEA, berlaku sedikit pelepasan radioaktif terancang iaitu Iodin-131 dan Cesium-137. Pelepasan ini berlaku hasil dari tindakan pihak Jepun untuk menurunkan tekanan di dalam containment loji kuasa nuklear. Namun, pelepasan radioaktif tersebut hanya tersebar sekitar kawasan loji kuasa nuklear sahaja (localize exposure).

No comments:

Post a Comment