Tuesday, March 22, 2011

Jeti Bot Pelayar Marina Muar Jadi Tumpuan Pemancing.




Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman meminta pembukaan Marina Muar di Tanjung Emas, Muar dipercepatkan bagi mengelakkannya menjadi projek gajah putih, sekali gus menyebabkan bangunan dibina kira-kira tiga tahun lalu bertukar usang. Beliau berkata, marina yang dibina di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan diuruskan Jabatan Laut itu sepatutnya sudah lama dibuka, tetapi masih gagal beroperasi sebagai tempat persinggahan dan kemudahan pelayar.“Saya bimbang ia terbiar begitu saja. Marina itu untuk bot pelayar dan kita berharap ia tidak terbiar kerana akan menjadi projek gajah putih kerana bangunannya juga semakin usang," katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN, 23 MAC 2009





No comments:

Post a Comment